web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Pengasas Rumah Bonda: Pendakwaan Serah 21 Dokumen Kepada Pembelaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 2:39PM

Siti Bainun didakwa atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan telah menyerahkan 21 dokumen kepada pasukan pembelaan bagi kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias ketika sebutan kes tersebut hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.

“Penyerahan dokumen dibuat pagi ini kepada pihak pembelaan, namun terdapat beberapa dokumen masih belum disempurnakan termasuk laporan perubatan dan laporan psikiatri mangsa.

“Oleh itu, pihak kami memohon satu tarikh sebutan baharu pada penghujung November ini,” kata Noor Shakira.

Peguam M Yalini yang mewakili Siti Bainun mengesahkan pihaknya menerima 21 dokumen itu hari ini.

“Pihak kami tidak membantah tarikh untuk pengurusan kes seterusnya ditetapkan bagi melengkapkan dokumen, sebelum mahkamah menetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah mengabaikan mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia