web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jadikan Keterlanjuran Borhanuddin Pengajaran - Netizen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 3:19PM

Borhanuddin membuat permohonan maaf selepas kenyataan berbaur perkaumannya tular.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keterlanjuran kata-kata bekas Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim perlu dijadikan pengajaran buat semua rakyat Malaysia.

Majoriti warga net melahirkan rasa marah dengan kenyataan melampau Borhanuddin, yang jelas menghina pemain badminton wanita negara, S Kisona, dua hari lalu.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syazana berkata, adalah lebih baik lelaki itu berdiam diri jika tidak mempunyai sesuatu yang baik untuk diperkatakan.

“Dia dah minta maaf dan letak jawatan. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.

“Kalau tiada kata-kata baik untuk diungkap, lebih baik diam sahaja,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pengguna Facebook, Mohd Ein berkata, kenyataan dikeluarkan Borhanuddin tidak mencerminkan pendirian parti, sebaliknya menggambarkan keperibadian beliau sendiri.

“Nasi sudah menjadi bubur. Ini bukan hal parti. Ini sikap atau peribadi dalam cerminan rakyat lain dalam isi perkauman.

“Tambahan India yang dikutuk hina itu sedang bertarung atas nama negara. Pendek kata sumbangannya lebih besar dalam keadaan itu melebihi Borhan sendiri,” katanya di Facebook.

Borhanuddin dalam satu permohonan maaf bertulis turut menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua BERSATU Pasir Puteh, demi menjaga nama baik parti.

Kenyataan bersikap perkauman diungkapkan Borhanuddin terhadap Kisona tular di media sosial, selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland, Sabtu lalu. - Getaran, 4 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Tangisan, Kecederaan Tutup Tirai Hari Kelima Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia