web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Dera Kanak-Kanak Autisme, 5 Individu Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 5:57PM

ACP Mohamad Farouk Eshak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes dera membabitkan seorang kanak-kanak autisme di sebuah pusat intervensi kanak-kanak autistik di Bandar Baru Ampang, Ampang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak, berkata dua saksi telah merakamkan keterangan semalam, manakala tiga lagi sudah dipanggil pada hari yang sama.

“Kes masih dalam siasatan dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya hari ini.

Getaran hari ini melaporkan, polis menahan seorang wanita warga Singapura berusia 51 tahun bagi membantu siasatan kes, selepas menerima laporan bapa mangsa Jumaat lalu.

Susulan itu, kata Mohamad Farouk, suspek yang juga pengurus di pusat asuhan itu ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Menurut beliau, mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan dihantar ke pusat asuhan itu oleh bapanya, seorang pengurus kargo berusia 36 tahun pada jam 8.45 pagi, Jumaat lalu.

“Kejadian disedari bapa mangsa pada jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu ketika mengambil mangsa dan ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya.

“Seorang guru di situ memaklumkan, kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa didakwa berlaku akibat tindakan kanak-kanak tersebut menghantukkan kepala pada meja, kerana tidak mahu menjamah makanan diberikan,” katanya.

Katanya, bapa mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian meminta untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati suspek bertindak kasar dengan mangsa apabila anaknya mengelak untuk makan.

Siasatan lanjut juga mendapati pas lawatan suspek disyaki sudah tamat tempoh sejak lebih setahun lalu.

“Suspek turut menggaji tiga pekerja tempatan dan pusat asuhan itu menjaga tujuh kanak-kanak termasuk mangsa yang kesemuanya berstatus orang kelainan upaya (OKU) autisme.

“Pusat ini sudah tujuh tahun beroperasi dan semakan awal mendapati lesennya sudah tamat tempoh dua bulan lalu. Kejadian ini juga adalah pertama kali dilaporkan berlaku di pusat asuhan ini,” katanya.

Suspek kini direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952. - Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia