web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit Mental Maut Jatuh Flat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:47PM

Muhammad Idzam Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pesakit mental ditemui meninggal dunia dipercayai jatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri Kos Rendah  Bandar Tasik Selatan Cheras, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi tadi, mangsa yang berusia 30-an ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak motorsikal flat berkenan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar, berkata, mangsa merupakan pesakit mental yang masih menerima rawatan psikiatrik di hospital mental Kuala Lumpur. 

"Sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik memperoleh maklumat kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Ketua Polis Balai Polis Sungai Besi, Inspektor Muhammad Sallehuddin Drahaman di talian 03-9058 2222," ujarnya. - Getaran, 4 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 44 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 49 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini