web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri Warga Emas Maut Di Tangan Anak Amal Ajaran Sesat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 2:34PM

Polis menemui mayat mangsa salah seorang mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sepasang suami isteri maut selepas dikelar anak lelaki mereka di Kampung Kemahang Hulu, dekat Lipis, tengah malam tadi.

Mayat Mohammad Maasai, 68 dan isterinya, Zailan Zainudin, 64 tahun ditemui penduduk kampung selepas menahan anak pasangan itu dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di jalan utama yang terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azly Mohd Noor berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 31 tahun itu menggunakan golok untuk mengelar leher dan menetak kedua-dua mangsa.

“Suspek tidak bekerja dan dipercayai terbabit dalam kegiatan atau ajaran sesat hingga hilang pertimbangan dan membunuh ibu serta bapanya sendiri.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, bapa suspek bekerja sebagai pegawai keselamatan manakala ibunya adalah pesara penyelia asrama,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azly berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 11.55 malam dan hasil soal siasat dijalankan mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika suspek dan mangsa berbual di ruang tamu rumah itu.

“Dalam perbualan itu, suspek dikatakan bercerita kepada bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa cuba diserang mangsa.

“Suspek kemudiannya bertindak mengambil parang (golok) dari bilik dan mula menetak leher bapanya.

“Ibu suspek yang terkejut dengan kejadian itu cuba menghalang tindakan anaknya, namun turut menjadi mangsa apabila ditikam dan ditetak pada bahagian leher serta bahagian badan lain,” katanya.

Beliau berkata, mayat pasangan malang itu ditemui penduduk kampung yang bergegas ke rumah terbabit selepas menahan suspek.

“Mayat Mohammad ditemui terbaring dan berlumuran darah di dalam rumah, manakala Zailan pula ditemui tidak bernyawa berhampiran pagar rumah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Yusri Hassan Basri memaklumkan ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis metafetamin. 

Katanya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Getaran, 5 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia