web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kuarantin Masuk Sabah Bagi Individu Lengkap Vaksinasi - Masidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 5:17PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiada lagi syarat kuarantin wajib terhadap individu lengkap vaksinasi untuk masuk ke Sabah, kecuali ketibaan dari luar negara, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 negeri menerusi akaun Twitternya berkata demikian sebagai merujuk SOP terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berhubung Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negeri itu yang dikeluarkan semalam.

Berdasarkan SOP tersebut, kuarantin wajib digugurkan kecuali bagi individu yang belum lengkap divaksinasi, individu bergejala sewaktu saringan kemasukan di pintu masuk dan ketibaan dari luar negara.

Bagaimanapun, setiap individu yang ingin masuk ke Sabah perlu mendapatkan kebenaran polis untuk rentas negeri serta membuat ujian saringan COVID-19 dengan keputusan negatif disahkan oleh klinik dan makmal melakukan ujian berkenaan.

Tempoh sah laku ujian saringan Rapid Antigen (RTK-Ag) adalah sehari manakala ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) adalah tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah, selain perlu mengisi borang deklarasi kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia