web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suka Intai Kaum Sejenis, Lelaki ‘Songsang’ Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 10:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tabiat pelik dan songsang seorang lelaki yang gemar melihat aksi kaum sejenis terbongkar apabila dia ditahan ketika sedang mengintai dan merakam perbuatan lelaki lain  membuang air kecil di tandas awam.

Dalam kejadian di tandas sebuah stesen minyak dekat Batu 3, Shah Alam, kelmarin, tabiat pelik suspek berusia 37 tahun terbabit disedari oleh orang awam yang ingin menggunakan tandas sama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, kaunter aduan Balai Polis Subang Jaya pada jam 2.25 pagi, menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung tangkapan awam di stesen minyak itu.

Menurutnya, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kemudian membuat tangkapan semula ke atas seorang suspek terbabit pada hari sama.

“Suspek ditahan orang awam yang hendak menggunakan tandas apabila didapati sedang merakam pengguna di ruang  bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

“Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil,” katanya malam tadi.

Abd Khalid berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya. dan

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang serta tidak berkelakuan melampaui batas,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia