web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid Talhah Dipilih Hos Dapur It’am

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 4:20PM

Setiap hari pihak masjid akan mengagihkan sebanyak 120 pek makanan kepada beberapa surau berhampiran. - Gambar dari Facebook Masjid Talhah bin Ubaidillah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk sekitar Masjid Talhah bin Ubaidillah, Bukit Jalil, boleh menarik nafas lega apabila rumah ibadah terbabit dipilih sebagai hos Dapur It’am untuk membantu kariahnya yang tidak bernasib baik.

Lebih menggembirakan, Majid Talhah bin Ubaidillah dijadualkan menjadi ‘tuan rumah’ untuk Dapur It’am 6.0 selama enam bulan.

Pengerusinya, Annas Bahari berkata, projek Dapur It’am yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sudah pun dimulakan pada Isnin lalu.

Menurut beliau, setiap hari pihak masjid akan mengagihkan sebanyak 120 pek makanan kepada beberapa surau berhampiran, untuk diedarkan kepada masyarakat terutamanya penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran.

“Sebagai permulaan, kami menggunakan khidmat katering yang berdaftar dengan masjid untuk menjadi penyedia makanan bagi projek Dapur It’am mengikut menu yang ditetapkan oleh penganjur (JAWI dan MAIWP),” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, menurut Annas, Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid merancang untuk menubuhkan pasukan bagi menyediakan juadah secara gotong-royong sepanjang program ini dilaksanakan.

“Makanan yang diagihkan adalah berdasarkan garis panduan dikeluarkan pihak JAWI dan MAIWP iaitu menu utamanya adalah berasaskan daging atau ayam selain makanan disediakan perlu seimbang,” katanya.

Annas berkata, makanan akan diagihkan pada jam 12 tengah hari untuk setiap hari kepada semua surau sebelum diedarkan kepada masyarakat setempat.

“Jika dilihat daripada jumlah yang disediakan setiap hari, ia mungkin tidak mencukupi untuk semua namun kita harap makanan diedarkan ini tidak dimonopoli sebaliknya diambil secara bergilir-gilir.

“Biar semua dapat merasa dan mengurangkan bebanan masing-masing terutamanya ketika kita masih lagi berada di dalam pandemik COVID-19 ini,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dari Bilik Berita Ke Studio Meletop, Hawa Rizwana Sebak Dapat Izin Bapa Untuk Ubah Haluan Kerjaya

2

TARA 2 tahun yang lalu

Saya Tak Salah Sebut Nama - Fikry Dikecam Hebat Bila Disangka Silap Umum Pemenang Dewi Remaja

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Dikatakan Cuba Sailang Jadi Hos 'Melodi', Ain Edruce Hubungi Nabila Huda Beri Penjelasan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dapur It'am Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Terus Beroperasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia