web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dapur It'am Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Terus Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 1:45PM

Antara penerima pek makanan ihsan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai  rakyat Malaysia kehilangan pendapatan susulan kelembapan ekonomi akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan sejak Mac tahun lalu.

Kepayahan hidup segelintir warganegara itu bagaimanapun mendapat perhatian pelbagai pihak apabila mereka tampil dengan beberapa inisiatif, termasuk kempen bendera putih untuk golongan yang terdesak memerlukan bantuan.

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar (MSABA) di sini misalnya, sejak beberapa bulan lalu mengambil langkah pro aktif dengan memperkenalkan Dapur It’am untuk menyantuni golongan yang terjejas dek pandemik COVID-19.

Dapur It’am yang kini sudah masuk fasa ke-5 adalah hasil kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Seorang sukarelawan meyiapkan pek makanan untuk diedarkan. - Gambar dari Facebook
Seorang sukarelawan meyiapkan pek makanan untuk diedarkan. - Gambar dari Facebook

Menurut hantaran Facebook MSABA, semalam adalah hari ke 32 Dapur It’am dilaksanakan, membabitkan dana berjumlah RM1,200 yang digunakan bagi menyediakan 150 pek makanan untuk diagihkan kepada tiga golongan iaitu asnaf, B40 dan petugas barisan hadapan.

“Dapur It’am 5.0 terus menyantuni golongan yang memerlukan. Hari ini sahaja MSABA telah menyediakan 150 pek juadah makan tengah hari dan diagihkan kepada golongan asnaf, B40 dan petugas barisan hadapan di sekitar kawasan Bangsar.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang terkesan serta membawa senyuman kepada mereka,” kata pengurusan masjid di Facebook.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, pek makanan tengah hari itu turut diagihkan kepada penghantar makanan e-hailing, polis, bomba dan masyarakat setempat. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Utara Musnah Terbakar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Terima Anugerah Muhibbah NPC

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan