web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Terima Anugerah Muhibbah NPC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 7:46PM

Ahirudin Attan (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada Azman Awang (dua kanan) sambil disaksikan Zakaria Yahya (paling kanan). Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA) Bangsar menerima Anugerah Muhibbah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) MACROKIOSK atas inisiatifnya mengundang seorang doktor bukan Islam memberi ceramah kepada jemaah, berhubung cara berhenti merokok pada bulan Ramadan.

Anugerah itu disampaikan Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan kepada ketua imam MSABA, Zakaria Yahya.

Ahirudin berkata, anugerah itu bertujuan untuk mengiktiraf usaha memupuk muhibah dan persahabatan tanpa mengira kaum, agama atau bangsa.

“Melalui anugerah ini, kami berharap dapat menyemarakkan semula semangat Muhibbah dan membantu mewujudkan Malaysia yang lebih kuat, lebih berdaya tahan dan lebih bersatu.

“Matlamat ini bukan sahaja tanggung jawab pemimpin tetapi juga seluruh rakyat di negara ini.

“Muhibbah Malaysia yang sebenar-benarnya hanya boleh dicapai melalui usaha kolektif kita semua, di bilik ini dan seterusnya,” katanya.

NPC, bersama syarikat penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK, melancarkan Anugerah Muhibbah bulan lalu untuk mengiktiraf mana-mana individu, kumpulan atau organisasi yang menggambarkan semangat Muhibbah terbaik di Malaysia.

Kumpulan yang terdiri daripada pengarang media akan menilai menilai calon untuk anugerah berkenaan secara bergilir-gilir.

Zakaria yang terharu dan berterima kasih dengan anugerah itu berkata, MSABA amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini dan bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya.

"Kami akan terus menyebarkan semangat Muhibbah dalam kalangan kami," katanya.

Kuliah anti-rokok itu tercetus apabila pihak masjid memutuskan bulan puasa adalah masa yang sesuai untuk memujuk perokok dalam kalangan jemaah supaya meninggalkan tabiat tidak sihat itu.

Ia kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Tanglin untuk menghantar pegawai perubatan bagi memberi kuliah di masjid. 

Menyedari pegawai yang ditugaskan itu adalah seorang doktor Sikh, mereka memutuskan untuk meneruskannya kerana tidak bertentangan dengan agama untuk belajar daripada orang bukan Islam.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MACROKIOSK Kenny Goh berkata, semangat Muhibbah sentiasa menjadi sebahagian daripada syarikat itu.

“Semangat Muhibbah sentiasa menjadi sebahagian daripada saya sejak kecil lagi. Kami adalah sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai cawangan di 12 negara.

“Kami cukup berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada anugerah ini lebih-lebih lagi dengan mendapat sokongan NPC. Kami berharap semangat Muhibbah ini akan tersebar dengan lebih meluas lagi,” katanya.

Anugerah itu turut mengejutkan timbalan pengerusi MSABA, Azman Awang.

“Agak mengejutkan apabila tindakan menjemput doktor bukan Islam untuk memberi syarahan kepada jemaah kami mendapat perhatian NPC, kerana kami hanya melakukan perkara biasa.

"Mungkin ia sesuatu yang luar biasa bagi orang lain, tetapi bagi kami di MSABA, mendekati orang Islam dan bukan Islam adalah amalan biasa," katanya. – The Vibes, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Utara Musnah Terbakar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akibat Dendam Lama, Lelaki Mati Dibelasah, Rakan Parah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad