web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akibat Dendam Lama, Lelaki Mati Dibelasah, Rakan Parah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 3:00PM

Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan pusat beli-belah di Bangsar awal pagi tadi, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati, manakala seorang parah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian itu tercetus selepas kedua-dua mangsa terjumpa kumpulan suspek selepas minum di sebuah restoran berhampiran.

“Pada jam 1.00 pagi (hari ini), pengadu yang juga anggota polis bertugas di Pusat Kawalan IPD Brickfields, menerima panggilan Mers 999. Pemberi maklumat memaklumkan berlaku satu kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Bangsar Village, Jalan Telawi 2 Bangsar, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku di Lorong Belakang Jalan Telawi 3,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang mati dan rakannya itu, masing-masing lelaki warga tempatan berumur 28 tahun serta 30 tahun, dikatakan ke Jalan Telawi untuk minum minuman keras.

Selepas minum dan dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan, ujarnya, kedua-dua mereka terjumpa dengan kumpulan suspek yang mengakibatkan berlaku pergaduhan.

Katanya, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Manakala, rakan si mati dilaporkan mengalami kecederaan parah di muka dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Motif kejadian dipercayai berlaku kerana wujud dendam lama antara si mati dan suspek,” katanya.

Amihizam berkata, dalam kejadian terbabit, pihak polis merampas senjata digunakan suspek, iaitu sebilah pisau dan sebotol arak.

Jelasnya, dalam kes itu juga, pihak polis membuat tangkapan ke atas sembilan lelaki warga tempatan berumur antara 24 hingga 30 tahun.

Malah, beliau berkata, hasil siasatan pihak polis sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Kuala Lumpur dan arahan tuduh dikeluarkan ke atas tiga suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Manakala enam lagi suspek daripada sembilan tangkapan itu dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri atau bersubahat dengan mana-mana orang, selain tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh menyumbang kepada perbuatan jenayah.

“Sebarang maklumat jenayah boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki Gaduh Guna Pisau Di Kedai Makan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Utara Musnah Terbakar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad