web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sorok Dalam Ikan Beku, Kastam Sabah Rampas Dadah Lebih RM500,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 5:12PM

Datuk Abdullah Jaapar (tengah) menunjukkan hasil rampasan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Lebih 12 kilogram dadah bernilai lebih RM500,000 berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), 29 September lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata pihaknya menerima maklumat mengenai satu bungkusan plastik yang mencurigakan sekitar jam 5 petang.

Menurut beliau, bungkusan berkenaan pada awalnya didakwa mengandungi ikan sejuk beku yang dipercayai cuba dieskport ke luar negara.

"Hasil pemeriksaan bagaimanapun membawa kepada penemuan 23 bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi ketulan hablur kristal, dipercayai dadah jenis metafetamin dan ketamin.

"Berat bagi dadah jenis metafetamin yang berjaya dirampas adalah 9.221 kilogram manakala dadah jenis ketamin seberat 3.190 kilogram," katanya.

Abdullah memberitahu, kedua-dua dadah itu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM501,026.

“Ini adalah rampasan kedua melibatkan dadah yang cuba diseludup melalui lapangan terbang, selepas kali pertama sebulan lalu.

"Pihak Kastam akan terus memantau perkara ini dari semasa ke semasa dan kita berharap orang ramai akan membantu pihak Kastam dalam memerangi jenayah penyeludupan," tambahnya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B (1) (a) (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Abdullah turut menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti penyeludupan dan menyampaikan sebarang maklumat berkaitan jenayah penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam berhampiran. – Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia