web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AUKU Akan Ditambah Baik - Noraini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 5:25PM

Noraini berkata kementeriannya sedang menjalankan libat urus untuk mendapatkan maklumat berhubung penambahbaikan terbabit. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan ditambah baik bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, sekali gus memperkasa sektor pendidikan tinggi negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ketika ini pihak kementeriannya giat menjalankan libat urus dengan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung penambahbaikan terbabit.

Menurut beliau, libat urus terakhir diadakan bersama Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 14 September lalu.

“Satu jawatankuasa kerja penambahbaikan AUKU ditubuhkan September tahun lalu untuk meneliti secara menyeluruh usaha tambah baik yang boleh dilaksanakan.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar perlembagaan, pakar sektor pendidikan tinggi, wakil pengurusan tertinggi universiti, wakil persatuan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Noraini, apa juga tindakan bakal diambil kementerian adalah berlandaskan hasrat untuk melahirkan mahasiswa dinamik, peka dan prihatin dalam isu kenegaraan.

“Usaha ini bagi mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa depan negara,” katanya.

Selain itu, Noraini berkata, dua pindaan AUKU terdahulu pada 2012 dan 2019 dianggap signifikan ke atas kebebasan pelajar untuk berpolitik sama ada di dalam atau luar kampus.

AUKU 1971 adalah akta yang digubal kerajaan untuk membolehkan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti serta kolej universiti awam atau perkara berkaitan institusi berkenaan diadakan.

Mengulas mengenai isu pembinaan Kolej Komuniti di setiap Parlimen, Noraini berkata, sebanyak 104 institusi pendidikan itu beroperasi di seluruh negara sehingga Oktober ini.

Jelasnya, walaupun ketika awal penubuhannya, Kolej Komuniti dicadangkan beroperasi di setiap Parlimen, Jemaah Menteri pada 8 September 2004 bagaimanapun menetapkan sebaliknya.

“Penubuhannya hendaklah berasaskan kajian keperluan dan faktor lain, termasuk peruntukan kewangan, dasar perjawatan, kehendak industri dan unjuran tenaga negara.

“Keutamaan penubuhan Kolej Komuniti juga ditumpukan kepada kawasan yang belum mempunyai institusi latihan,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia