web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


42 Varian Delta, Beta Dikesan Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:24PM

Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas peniaga ikan di Kompleks LKIM Pulau Kambing pada 7 September. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 42 kes varian Delta dan Beta dikesan di negeri ini sejak akhir Jun lalu hingga 4 Oktober.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu 33 kes melibatkan varian Delta manakala bakinya terdiri daripada varian Beta.

“Kes COVID-19 di Terengganu masih lagi tinggi, malah kluster aktif masih ada di merata daerah, dengan keberadaan Beta dan Delta di semua yang boleh meningkatkan kadar jangkitan.

“Atas faktor ini, semua penduduk perlu berhati-hati dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, jumlah tertinggi varian membimbangkan (VOC) dikesan di Kemaman iaitu 10 kes, diikuti Kuala Terengganu (9) manakala Dungun dan Besut masing-masing merekodkan enam jangkitan.

“Dungun mencatatkan kluster aktif tertinggi setakat 4 Oktober iaitu 11, diikuti Kuala Terengganu (7) dan Besut (4),” katanya.

Terengganu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 17 September lepas.

Setakat semalam, 356 kes positif COVID-19 direkodkan di negeri itu. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia