web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemaju Perumahan Terjun Bangunan Bebas Alkohol, Dadah - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:42PM

Datuk Fisol Salleh bercakap di sidang media berkenaan kes seorang ahli perniagaan yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium mewah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pemaju perumahan yang terjun dari kondominium mewah dihuninya semalam disahkan tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan awal juga mendapati, mangsa berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap sebarang gangguan mental.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa adalah sihat dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian berpunca daripada kecederaan serius kerana terjatuh dari bangunan tinggi.

“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) kerana semua keterangan adalah sama dengan punca kematian mangsa” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

Fisol berkata, polis telah merakam percakapan isteri mangsa yang berumur 55 tahun, dan dua anaknya, masing-masing berusia 24 dan 21 tahun, selain menyemak semua kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kondominium tersebut.

Beliau memberitahu, maklumat daripada isteri mangsa menyebut, suaminya tidak menunjukkan sebarang tingkah laku pelik atau meninggalkan sebarang nota.

“Mangsa yang berumur 53 tahun dipercayai terjun dari balkoni kediamannya di tingkat 16 dan terjatuh di dalam kolam renang, ketika semua ahli keluarganya sedang nyenyak tidur.

“Mangsa pernah menceritakan kepada isterinya bahawa dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan. Itu sahaja,” katanya.

Fisol berkata, rakaman CCTV juga tidak menunjukkan sebarang pergerakan keluar masuk daripada orang luar.

Beliau bagaimanapun berkata, polis tidak boleh mengesahkan atau mendedahkan identiti mangsa kerana tertakluk kepada etika penyiasatan di bawah SDR.

“Siasatan tetap diteruskan walaupun kes diklasifikasikan dibawah SDR.

“Sidang media ini dibuat bagi memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan. Kami berharap orang awam tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati keluarga mangsa” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari kondominium mewah The Palazzo di Pulau Tikus, di sini.

Sumber memaklumkan, mangsa adalah pemilik pemaju hartanah terkemuka Pulau Pinang iaitu Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan Ewein Bhd, Datuk Ewe Swee Kheng.

Sementara itu, difahamkan mayat Swee Kheng akan dibawa ke Krematorium Batu Gantung petang ini bagi memberi penghormatan terakhir.

Upacara itu akan diadakan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarganya sahaja.

Mayat mendiang dijangka disemadikan di Mount Erskine Funeral Parlour esok. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kediaman Keluarga Zayn Rayyan Jadi Tumpuan, Ibu Dibawa Untuk Lakonan Semula

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sukan 18 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran