web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki Ditemukan Di Kawasan Pembuangan Sampah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2021 7:47AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai dibuang dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Menggatal, semalam.

Bayi malang itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 30-an yang melalui kawasan tersebut lebih kurang jam 7 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata siasatan awal mendapati, lelaki tersebut mendengar bunyi rengekan seakan kucing ketika melalui kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, bunyi tersebut semakin kuat ketika dia menghampiri kawasan pembuangan sampah itu dan selepas mencari buat beberapa ketika, dia  menemui seorang bayi yang masih bernyawa.

“Pengadu terus menghubungi MERS999 untuk memaklumkan penemuan tersebut,” katanya.

Menurut George, pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan menyerahkan bayi berkenaan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Bayi berkenaan katanya, dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk mengesan individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ab Zumin di talian 0145521425 bagi membantu siasatan,” tambahnya. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia