web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Tandatangani Surat Akujanji Pembelian Ubat Antiviral Molnupiravir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 2:47PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) pembelian ubat antiviral Molnupiravir bagi menambah pilihan rawatan inovatif baharu dalam melawan COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata melalui perjanjian bersama Merck Sharp & Dohme itu, kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit COVID-19.

“Keputusan ini dibuat sebagai persediaan kita memulakan peralihan ke fasa endemik untuk hidup bersama virus COVID-19 dengan menambah pilihan rawatan inovatif baharu sebagai ‘senjata’ untuk melawan COVID-19, selain penggunaan vaksin dan tindakan-tindakan kesihatan awam yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairy sebelum ini memaklumkan Malaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral itu daripada Merck Sharp & Dohme, sebagai langkah memperkasa usaha dalam peralihan kehidupan bersama COVID-19.

Mengulas lanjut, Khairy berkata berdasarkan kajian dijalankan syarikat berkenaan, penggunaan ubat Molnupiravir boleh menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus.

Selain itu, ia turut berkesan ke atas varian-varian virus COVID-19 yang lebih ganas seperti Gamma, Delta dan Mu.

“Bagaimanapun ingin saya nyatakan di sini bahawa sekalipun ubat Molnupiravir ini berkesan, ia bukan bermakna vaksin tidak diperlukan lagi kerana fungsi vaksin adalah untuk mengurangkan jangkitan dan mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk.

“Ubat Molnupiravir tidak boleh mencegah jangkitan. Ia hanya bermanfaat kepada yang sudah dijangkiti,” katanya sambil menegaskan, kerajaan memerlukan kedua-dua kaedah untuk menurunkan beban penyakit COVID-19 bagi memberi impak yang lebih besar terhadap usaha pencegahan dan kawalan penularan jangkitan.

Sementara itu, Khairy berkata KKM akan terus memantau perkembangan pembangunan ubat-ubatan berkaitan rawatan pesakit COVID-19 di seluruh dunia untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan rawatan terbaik kepada penduduk Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia