web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Galak Orang Ramai Buat Ujian COVID-19 Sebelum Rentas Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2021 9:38PM

Dr Alias Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menggalakkan orang ramai yang berhasrat memasuki Terengganu selepas kebenaran rentas negeri melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

Bagaimanapun Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata kerajaan negeri masih lagi belum memutuskan untuk mewajibkan perkara tersebut.

“Kita ada membincangkan cadangan ujian saringan COVID-19 sebagai pra syarat melakukan perjalanan ke Terengganu pada Mesyuarat Exco Mingguan semalam.

“Begitu pun, setakat ini, ujian saringan COVID-19  tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk dilakukan,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata saranan itu adalah kerana kebimbangan kadar kes harian COVID-19 di negeri itu masih lagi kekal dengan tiga digit.

Tambah beliau lagi ia juga berikutan terdapat 42 kes varian membimbangkan (VOC) iaitu Beta dan Delta telah dikesan di negeri berkenaan.

Justeru itu Alias berkata, orang ramai boleh melakukan ujian saringan Covid-19 di klinik kerajaan, swasta termasuk menggunakan kit ujian pantas Antigen.

Semalam Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong memaklumkan sebanyak 42 kes varian Delta dan Beta dikesan di negeri ini sejak akhir Jun lalu hingga 4 Oktober.

Beliau berkata daripada jumlah itu 33 kes melibatkan varian Delta manakala bakinya terdiri daripada varian Beta. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia