web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Lelaki Warga Asing Ditemui Lemas Di Pantai Rambah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Oct 2021 7:40AM

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang semalam. - Gambar ihsan Bomba Pontian Baru

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki dipercayai warga asing ditemui lemas apabila sebuah bot yang membawa mereka karam berdekatan Pantai Rambah, Pontian, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang.

“Kesemua mangsa dipercayai berumur lingkungan 30an dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui. Bot mereka karam dipercayai kerana berlaku ribut di kawasan pantai itu pada awal pagi tadi. Mangsa juga disyaki cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui perairan negara menerusi Pantai Rambah.

“Mayat ketiga-tiga mangsa yang tersadai di celah pokok kayu bakau ditemui oleh orang kampung ketika mereka sedang memancing, manakala bot mereka ditemui terdampar di tepi pantai pada petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata jarak antara ketiga-tiga mangsa yang tersadai di celah pokok itu kira-kira 50 meter (jarak antara mangsa dengan mangsa) dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, operasi ditamatkan pada pukul 7.15 malam ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia