web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gaduh Dalam Bar, 3 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 9:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah bar di Jalan Changkat Bukit Bintang, semalam.

Dalam pergaduhan itu, ketiga-tiga suspek dikenal pasti susulan penularan dua video yang memaparkan insiden terbabit di Twitter.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, dua video berdurasi 37 saat dan 27 saat itu dimuatnaik oleh pemilik akaun Twitter dengan nama NanManjoi8715.

Katanya, susulan penularan video terbabit, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Tiga lelaki berusia lingkungan 32 hingga 52 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dalam kes ini.

“Semua tangkapan direman selama dua hari mulai 11 Oktober (semalam) sehingga 12 Oktober (hari ini).

“Kertas siasatan akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya kepada media.

Noor Dellhan berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia