web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Basikal Lajak, Pendakwa Fail Rayuan Kali Kedua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 1:29PM

Muhammad Syafiq (kanan) berbincang dengan Nurrul Azrina (kiri), Muhammad Qaiyyum dan Mohd Yusop selepas menfailkan notis rayuan. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kes jurujual wanita yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam di sini, empat tahun lalu, masih belum selesai biarpun tertuduh sudah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. 

Ia berikutan pihak pendakwa sekali lagi menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan wanita berkenaan. 

Notis rayuan itu difailkan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Penolong Pegawai Undang-undang, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor, Nurrul Azrina Arza di kaunter Mahkamah Sesyen/Majistret Johor Bahru, jam 9.15 pagi tadi. 

Turut hadir, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Yusop Mohd Ali. 

Ketika ditemui, Muhammad Syafiq berkata, rayuan itu difailkan susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semalam.

“Hari ini, pihak pendakwaan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan. Semalam, AGC juga sudah mengeluarkan arahan untuk rayuan difailkan. 

“Selepas ini, mahkamah akan menyemak rekod rayuan dan kenyataan tertuduh di peringkat pembelaan, sebelum kami menfailkan petisyen rayuan dan menunggu mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi nanti,” katanya. 

Kelmarin, Majistret Siti Hajar Ali mengekalkan keputusan beliau melepas dan membebaskan tertuduh, Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan yang dihadapi wanita berkenaan, selain mengembalikan semula lesen memandunya serta merta, sejak digantung sebaik dia mula didakwa pada 2017.

Ke Ting sebelum ini diarahkan untuk membela diri selepas pihak pendakwaan menfailkan rayuan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia