web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penampang Banjir Lagi, 14 Kampung Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 8:39PM

Keadaan banjir di salah satu daripada kawasan yang terjejas di Penampang. - Gambar ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Ribuan penduduk sekali lagi terjejas, selepas 14 buah kampung dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir Daerah Penampang berkata, hujan lebat yang berlaku mulai jam 1.40 pagi tadi menyebabkan sistem perparitan di daerah ini dipenuhi air.

Paras air Sungai Moyog melebihi paras bahaya. - Gambar ihsan APM
Paras air Sungai Moyog melebihi paras bahaya. - Gambar ihsan APM

“Selain itu, paras air Sungai Moyog berada pada ketinggian 9.48 meter, iaitu melebihi paras bahaya iaitu 9 meter.

“Antara lokasi yang ditenggelami air adalah Kampung Sugud, Kibabaig, Mogonibung, Kohizan, Inobong, Dungkahang, Kolopis, Nambazan, Dabak, Penampang Proper, Kambau, Nampadan dan Tanaki,” katanya.

Pada masa sama, banjir turut dilaporkan berlaku di Pekan Donggongon.

Tambahnya, beberapa jalan utama turut ditenggelami air sekali gus menyebabkan kesesakan jalan raya.

Beberapa jalan utama turut ditenggelami air. - Gambar ihsan APM
Beberapa jalan utama turut ditenggelami air. - Gambar ihsan APM

“Antaranya bulatan Siga, Jalan Kolopis, Sugud, Datuk Panglima Banting, Kolopis, Dakata, Donggongon, Inobong dan Tuavon.

“Sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah St Michael Penampang turut terjejas,” katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa sedang giat memantau kawasan yang terjejas serta berisiko mengancam nyawa penduduk.

Untuk rekod, ini kali keempat Penampang dilanda banjir dalam tempoh sepuluh bulan tahun ini. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Hujan Lebat Membasahi Bumi Kota Madinah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia