web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ah Long Sabah Rekrut Peminjam Gagal Selesai Hutang, Buat Kerja Ugutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 6:08PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket Ah Long di Sabah kini dikesan ‘merekrut’ peminjam yang gagal melangsaikan hutang dan individu terdesak untuk menjadi kuncu mereka bagi melakukan kerja-kerja ugutan terhadap peminjam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata pihaknya mengesan kewujudan aktiviti penawaran kerja oleh sindiket Ah Long kepada peminjam di negeri berkenaan.

Katanya, terdapat dua kes melibatkan mangsa berbeza setakat ini.

“Bagi individu yang pinjaman tidak diluluskan oleh Ah Long, mereka ditawarkan bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberikan upah atas kerja yang dilakukan.

“Terdapat juga kes membabitkan peminjam yang gagal melangsaikan hutang dan mereka diminta untuk bekerja dengan Ah Long bagi membolehkan jumlah hutang ditolak berdasarkan tugasan diselesaikan,” katanya hari ini.

Menurut beliau tindakan bersekongkol dengan sindiket Ah Long secara rela hati atau paksaan dengan melakukan gangguan mahu pun khianat adalah salah di sisi undang-undang.

“Mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400); Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Wang 1951 (Akta 400); Seksyen 506 Kanun Keseksaan; Seksyen 427 Kanun Keseksaan; Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan kesalahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sesekali membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman tidak berlesen.

“Orang ramai juga diingatkan untuk tidak terlibat sebagai pekerja atau membantu Ah Long untuk membuat gangguan atau khianat walaupun secara paksaan kerana ia merupakan suatu kesalahan jenayah,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia