web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerja Tambah Baik, Senggara Loji Rawatan Air Siap Dilaksanakan - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 10:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap dilaksanakan jam 5 pagi tadi.

Jurucakap Air Selangor berkata, bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat sekitar jam 5 petang nanti.

“Sehingga jam 6 pagi tadi, sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan bekalan air  mula disalurkan ke sistem agihan,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air semua kawasan terjejas adalah berbeza.

“Ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Pada masa sama katanya, bantuan air alternatif melalui lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian terus digerakkan.

Sebelum ini, sebanyak 998 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dilapor mengalami gangguan bekalan air berjadual sehingga 16 Oktober ini. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pencemaran Air: Mahkamah Rayuan Beri Pampasan RM100,000 Kepada Syarikat Bekalan Air

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia