web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Pengerusi Kaukus, Kaji Perubatan Ketum, Kanabis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 12:28PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan Ahli Parlimen bersetuju menubuhkan kaukus baharu untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan kanabis sebagai bahan perubatan di negara ini.

Jurucakap kaukus berkata, kaukus dikenali Kaukus Medical Cannabis itu adalah antara usaha bipartisan, dalam merangka dasar dan strategi berhubung kajian berkenaan bagi mengurangkan kemudaratannya sebagai perubatan diiktiraf.

“Sebagai sebahagian dari rangka kerja awal, Kaukus Medical Cannabis akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan dan kementerian terbabit bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar,” katanya.

Kaukus Medical Cannabis itu dipengerusikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Lapan Ahli Parlimen lain yang menganggotai kaukus itu adalah Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Khalid Abdul Samad (PH–Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar (BEBAS-Kuala Langat) DAN Datuk Ignatius Darell Leiking (WARISAN-Penampang).

Selain itu, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), Dr Azman Ismail (PH–Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti), dan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

Menurut jurucakap itu, Kaukus Medical Cannabis akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian kerajaan, bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan kanabis perubatan dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara.

Perkara itu, katanya, selaras usaha mengembangkan industri ketum dan kanabis perubatan di Malaysia yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan serta rakyat.

“Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa semangat bipartisan diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negara,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Kontroversi Keputusan Triathlon: Syed Saddiq Mohon Maaf, Akui Kesilapan

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

3

Politik 7 bulan yang lalu

Jelajah PN Bukti Syed Saddiq Seorang Oportunis - Sumber

4

Politik 11 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia