web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Bangunkan Sistem Daftar Bunuh Diri, Dijangka Siap 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 2:24PM

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membangunkan sistem Daftar Bunuh Diri dan Kecederaan Fatal Kebangsaan (NSFIRM) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2023, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata buat masa ini KKM sedang dalam perincian proses kerja serta pembangunan aplikasi bagi sistem tersebut, yang akan melibatkan semua fasiliti hospital KKM di seluruh negara.

“NSFIRM disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan diperuntukkan RM4 juta bagi pembangunan sistem tersebut.

“Pembangunan NSFIRM akan membolehkan pembangunan statistik terperinci dan tepat berkaitan kejadian bunuh diri dan kecederaan fatal diperoleh, yang mana ia akan membantu memperkukuhkan usaha pembangunan dasar dan program pencegahan tingkah laku bunuh diri,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Fadhlina Sidek mengenai status dan pertimbangan kerajaan tentang pelaksanaan semula Daftar Bunuh Diri Kebangsaan, bagi membolehkan masyarakat mendapat akses kepada informasi kes bunuh diri.

Dr Noor Azmi berkata sementara menunggu sistem itu siap sepenuhnya, KKM akan menggunakan data diperoleh daripada sumber lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Institut Sosial Malaysia, untuk melihat statistik kes bunuh diri dan kecederaan fatal di negara ini.

“Data-data ini akan menunjukkan bagaimana masalah bunuh diri. Daripada Januari hingga Mac 2021, sebanyak 336 kes direkodkan sedangkan pada tempoh sama tahun lepas 112 kes dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 67 peratus. Kes didapati melibatkan umur yang produktif antara 19 dan 40 tahun.

“KKM akan mengambil data-data ini untuk melihat bagaimana kita nak mengkaji isu ini dan sebab itulah usaha melaksanakan sistem data bunuh diri dan kecederaan fatal sedang dipergiatkan. KKM sangat serius mengenai perkara ini...kita letakkan dana yang tinggi untuk melaksanakannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Fadhlina yang ingin tahu apakah mekanisme untuk KKM menjalankan intervensi sekiranya sistem itu belum siap sepenuhnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia