web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Terbabas, ASP, Rakan Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 8:38PM

Keadaan kenderaan yang terbabas lalu merempuh pokok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang pegawai polis dan rakannya maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas di Jalan Lintas, Metrotown, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, berpangkat Asisten Superintendan (ASP) berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.

Seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu kenderaan tersebut dikenal pasti sebagai Dylevia Dewalter, 38.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.

Difahamkan, kenderaan jenis Nissan Almera itu sedang menuju ke Jalan Tuaran Bypass dari arah Citymall sebelum terlibat kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kenderaan mangsa yang terbabas sendiri sebelum merempuh pokok di tengah jalan berkenaan.

Impak dari kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan sebelum ditemukan di dalam parit pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia