web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Remaja Daki Bukit Tanpa Vaksin Dikompaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Oct 2021 9:45PM

Polis menjalankan pemeriksaan terhadap pengunjung yang mendaki Bukit Panau, di Tanah Merah, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Tindakan 10 remaja yang berusia antara 14 hingga 18 tahun mendaki Bukit Panau di sini tanpa dos lengkap, membawa padah apabila mereka dikompaun RM2,000 seorang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan (DSP) Zainuddin Md Yusoff berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan pihaknya yang menjalankan pemantauan pada jam 7.30 pagi, hari ini.

Menurut beliau, kesemua remaja berkenaan juga didapati belum menerima vaksin COVID-19.

"Mereka tidak boleh ke tempat pelancongan atau tumpuan ramai kerana tidak divaksinasi.

"Dalam operasi ini juga, 15 individu didapati tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) mengamalkan penjarakan fizikal. Kita buat catitan amaran, jika masih langgar SOP atau kes masih berulang, kita akan saman," katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, pemeriksaan dibuat ke atas 250 pengunjung, bermula dari kawasan pendakian sehingga ke puncak Bukit Panau.

Polis katanya, bersama anggota Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat hebahan berkaitan SOP yang perlu dipatuhi.

"Kita turut memberi nasihat kepada pengunjung supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti menjaga penjarakan dan pemakaian pelitup muka.

"Pihak kita berharap semua pengunjung patuh SOP untuk membendung penularan wabak COVID-19," katanya. - Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia