web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanggal Seluar Untuk Rawatan, Bakal Pengantin Wanita Dirogol Bomoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 2:23PM

ACP Nasaruddin Md Nasir (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Tindakan seorang bakal pengantin wanita yang mahu mengubati gangguan makhluk halus dialaminya dengan seorang bomoh, bertukar mimpi ngeri apabila dia mendakwa dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Tendong di sini.

Mangsa yang berusia 23 tahun mendapatkan rawatan daripada bomoh berkenaan yang berusia 67 tahun dan dikenali sebagai Ayah Su pada 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Nasaruddin Md Nasir berkata, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya pergi ke rumah suspek pada jam 3 petang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa dibawa ke bilik rawatan oleh isteri suspek yang dikenali sebagai Mak Su dan ditinggalkan berdua bersama suspek.

“Ketika berada dalam bilik rawatan, lelaki itu meminta mangsa menanggalkan seluar dan ketika proses rawatan, suspek bertindak menggosok paha serta kemaluan mangsa.

“Lelaki itu kemudian merogol mangsa dan selepas selesai rawatan, suspek memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa, malah diarahkan datang sekali lagi bagi rawatan susulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini, hari ini.

Nasaruddin berkata, mangsa membuat laporan polis susulan kejadian itu dan suspek berjaya ditahan pada hari yang sama.

Jelas beliau, siasatan awal pihaknya mendapati modus operandi suspek ialah menjadikan pesakit wanita sebagai mangsa untuk melampiaskan nafsu serakah.

“Pihak kita percaya kejadian ini bukan pertama kali berlaku malah melibatkan lebih 10 mangsa, tetapi mereka tidak membuat laporan kepada pihak polis.

“Suspek yang juga pesara kerajaan menjalankan rawatan perubatan tradisional sejak tahun 1985 dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 22 Oktober depan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air