web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kos Umrah Meningkat Ketika Pandemik - MOTAC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 4:06PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang mahu mengerjakan umrah perlu membayar kos lebih tinggi apabila kerajaan menetapkan harga lantai ibadah itu adalah RM6,900, berbanding RM4,900 sebelumnya.

Jurucakap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, harga itu adalah selaras dengan peningkatan kos susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di Arab Saudi atau Malaysia.

Jelasnya, bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50 peratus daripada jumlah kapasiti sebenar, pengurusan mutawif dan ujian calitan COVID-19 adalah antara faktor mempengaruhi peningkatan kos itu.

“Harga dipersetujui untuk mengerjakan umrah bagi tempoh 12 hari dan 10 malam adalah RM6,900.00.

“MOTAC juga sudah berbincang dengan persatuan berkaitan bagi menetapkan harga lantai umrah selepas penetapan kali akhir pada 2016, iaitu pada paras harga RM4,900,” katanya hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, harga lantai berkenaan akan disemak semula apabila wabak COVID-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan kembali normal, atau ketika kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan kerajaan kedua-dua negara.

“Harga itu juga sebagai panduan bagi pihak MOTAC memantau industri umrah, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pertimbangan dalam memilih syarikat mana bersesuaian bajet mereka,” katanya.

Orang ramai, jelasnya, boleh mengambil langkah berhati-hati jika didapati harga ditawarkan terlalu rendah atau tinggi daripada ditetapkan pihak kementerian bagi mengelakkan kes penipuan pakej umrah.

“Orang ramai boleh menghubungi pejabat MOTAC negeri atau melayari laman web rasmi MOTAC bagi mengenal pasti syarikat sudah dilesenkan,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap MOTAC memaklumkan, selaras Peraturan 6(1A)(a), Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yang menyatakan ‘pengendali pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan’, kementerian itu mewajibkan mana-mana syarikat dilesenkan untuk memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah.

Kementerian ini juga, katanya, sudah mengadakan sesi libat urus bersama-sama persatuan pengendali umrah, iaitu Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) untuk membantu pihak merangka serta memperhalusi isu pengiklanan umrah.

Sehingga kini, jelasnya, MOTAC menerima sebanyak 31 permohonan iklan dan setiap iklan diluluskan akan diberikan nombor siri khas yang perlu dipaparkan di iklan akan dipromosi.

“Ini bertujuan membantu kementerian mengenal pasti iklan haram pakej umrah.

“Borang permohonan iklan ini boleh di muat turun daripada laman web rasmi kementerian di www.motac.gov.my,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia