web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awasi Iklan Palsu Kementerian Perpaduan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 6:52PM

Tangkap layar iklan menawarkan peluang bagi mengisi ratusan kekosongan jawatan guru tabika palsu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menafikan ada membuat siaran iklan menawarkan peluang bagi mengisi ratusan kekosongan jawatan guru tabika baru-baru ini.

Jurucakap kementerian berkata, iklan palsu berkenaan disebarkan dengan berleluasa, menggunakan wajah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menurut beliau, iklan tersebut menawarkan jawatan Guru Tadika tanpa kelayakan akademik.

“Iklan yang menggunakan wajah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique ini tidak ada kena mengena dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),” katanya.

Menurut jurucakap itu, iklan yang disiarkan dalam status Facebook bertajuk “Semakan dan Permohonan Online” tersebut turut dikesan menggunakan logo Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Meskipun agensi KEMAS bukan di bawah KPN, gambar wajah dan nama Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique turut dijadikan sebagai hiasan utama poster, bagi memberi nilai komersial kepada iklan itu.

“Iklan tersebut mencetuskan tanda tanya besar apabila mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah iaitu sekadar lepasan Pendidikan Menengah Rendah (PMR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) sahaja,” katanya.

Iklan tersebut telah disahkan tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut memberitahu, iklan khas mereka yang sebenarnya telah disiarkan 11 Oktober lalu bagi mengisi enam kekosongan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29.

Menurut jurucakap, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

“Turut dimaklumkan dalam iklan tersebut  peluang mengisi jawatan Pembantu Operasi (Penolong Guru) Gred N11 yang menawarkan empat kekosongan.

“Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan, JPNIN,” katanya lagi.

Menurutnya, dalam siaran iklan melalui Facebook Rakan Perpaduan Pahang itu, dengan jelas telah dinyatakan antara syarat yang perlu dipatuhi adalah calon perlulah lepasan Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Institusi Pendidikan Tinggi tempatan.

“Poster mengelirukan itu telah mencatat hampir 1,000 perkongsian di laman sosial,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 8 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia