web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:24AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah itu, 42 kertas siasatan masih dalam penyiasatan, manakala 14 kes sudah dituduh, empat arahan tiada tindakan lanjut dan dua masih dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.

"Semua laporan polis yang didapati mempunyai unsur penipuan atau pecah amanah jenayah akan dibuka kertas siasatan dan disiasat mengikut seksyen berkaitan jenayah itu di bawah Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bagi kes melibatkan jenayah pelaburan, kebanyakan menjurus kepada peruntukan undang-undang lain antaranya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) serta Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).

“Apabila sesuatu laporan polis diterima, JSJK akan menasihatkan pengadu untuk merujuk laporan mereka kepada agensi berkaitan," katanya. 

Ramli mengulas mengenai kira-kira 500 mangsa penipuan tampil membuat aduan dan laporan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) selepas mendakwa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tiga syarikat pelaburan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuang nasib mangsa perlu mengambil maklum bahawa pihak berkuasa termasuk PDRM tidak mengambil mudah atau bersikap tidak peka terhadap kes penipuan termasuk skim pelaburan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi terutama daripada syarikat tidak berdaftar.

Kelmarin, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama 500 mangsa kes penipuan pelaburan membuat aduan kepada NFCC.

Mereka mendakwa tiada tindakan diambil terhadap tiga syarikat yang dikatakan menipu mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

3

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia