web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 8:14AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media kejayaan PDRM menumpaskan sindiket tipu pelaburan urus niaga mata kripto di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tindakan proaktif pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak berjaya menahan 11 suspek yang terlibat dengan sindiket penipuan yang menganjurkan seminar pelaburan urus niaga kripto (Crypto Al Trading Bot) di sebuah hotel di sini, Sabtu lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun itu merangkumi tujuh lelaki tempatan, dua lelaki warga Filipina dan dua wanita tempatan.

Beliau berkata, serbuan dilakukan pada Sabtu lalu dan mendapati sindiket menggunakan nama 'D'Luxe' serta menawarkan skim pelaburan dalam urus niaga kripto kepada 55 peserta dengan nilai USDT20 hingga USDT10,000, selain menjanjikan pulangan 0.5 hingga 2.2 peratus setiap hari mengikut kadar modal yang dilaburkan.

"Sistem robot Al (kecerdasan buatan) yang diwujudkan oleh sindiket menerusi platform dalam talian itu dikatakan akan membantu pelabur mendapatkan keuntungan dalam urus niaga kripto dengan mudah dan cepat.

"Kebanyakan peserta yang hadir adalah warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun. Mereka tidak memahami cara urus niaga kripto dan juga tidak menyedari bahawa platform dalam talian Al Trading Bot yang diwujudkan sebenarnya perangkap untuk memperdaya pelabur," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ramli berkata, sindiket terbabit telah mula mempromosikan tawaran skim pelaburan urus niaga kripto itu sejak awal bulan ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang direman hingga hari ini itu adalahpenganjur, penaja, penceramah dan ejen mencari pelanggan yang sedang giat mempromosikan skim pelaburan semasa seminar terbabit diadakan.

"Turut dirampas beberapa telefon bimbit, komputer riba, skrip, gegantung dan enam kenderaan pelbagai jenis," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk tidak sesekali percaya kepada sebarang tawaran pelaburan tanpa membuat semakan dengan agensi seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

Sementara itu, Ramli berkata, Unit Siasatan Jenayah Mata Wang Kripto JSJK Bukit Aman telah menangkap tiga lelaki tempatan berumur antara 35 hingga 55 tahun di sekitar Lembah Klang dan Pahang awal pagi semalam, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tipu pelaburan mata wang kripto.

Ramli berkata, menurut pengadu yang juga seorang lelaki, suspek telah mempelawanya untuk melabur dalam satu projek mata wang kripto yang didakwa di China dengan menggunakan nama 'CCGDS' pada 2022.

Beliau berkata, suspek berjanji kepada pengadu bahawa dia (pengadu) akan menerima 50 peratus keuntungan daripada projek itu, dan pengadu berjaya mengumpulkan dana daripada 20 pelabur termasuk empat dari China.

Menurutnya, bayaran dana terbabit telah dibuat ke akaun wallet cryptocurrency yang diberikan oleh suspek dan beberapa akaun bank tempatan.

"Pengadu telah membuat semakan pada 12 Oktober 2023 dan mendapati dana pelaburan itu telah dipindahkan ke akaun wallet cryptocurrency disyaki milik peribadi suspek. Pengadu rasa ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM12 juta," katanya.

Ramli berkata, unit berkenaan berjaya merampas mata wang kripto berjumlah USDT54,996.8 dengan nilai anggaran semasa RM259,955.80, selain ketiga-tiga suspek direman hingga hari ini serta tangkapan susulan akan dilakukan untuk mengesan suspek yang masih bebas.

Dalam pada itu, berkenaan laporan media semalam berhubung seorang wanita yang mengalami kerugian berjumlah RM6.22 juta, iaitu jumlah tertinggi kerugian akibat penipuan di Perak setakat ini, Ramli berkata, gambar seorang individu yang berpengaruh dalam bidang pelaburan telah digunakan sindiket untuk mempengaruhi mangsa.

Justeru, beliau mengingatkan kepada orang ramai bahawa mana-mana pelaburan dalam talian tanpa sebarang dokumen perjanjian dimeterai amat berisiko tinggi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

3

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki