web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang warga emas kerugian RM228,000 selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital kripto yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, berdasarkan laporan lelaki berusia awal 60-an itu semalam, mangsa mendakwa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram oleh seorang individu dan terpengaruh untuk menyertai pelaburan mata wang digital kripto menerusi platform ACCERX Hong Kong pada Oktober tahun lepas.

"Pada permulaan, mangsa membuat transaksi pertama berjumlah RM8,000 dan berjaya mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM15,000 yang dimasukkan ke dalam akaun di platform berkenaan.

"Lelaki itu kemudian dipujuk oleh individu itu untuk menambah nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM228,000 melalui 13 transaksi kewangan ke sembilan akaun berbeza," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran bagi pelaburan yang dibuat atas alasan akaun pengadu terlibat dengan pengubahan wang haram.

Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengesan suspek terlibat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Wanita 80 Tahun Rugi Lebih RM10 Juta Terpedaya Skim Pelaburan Kripto

3

Semasa 8 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki