web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita 80 Tahun Rugi Lebih RM10 Juta Terpedaya Skim Pelaburan Kripto

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 2:43PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM10 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud berasaskan mata wang kripto.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pesara berusia 80 tahun itu membuat laporan polis semalam dengan memaklumkan menyertai skim pelaburan setelah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp yang mempromosikan skim pelaburan itu.

"Melalui kumpulan sembang itu, pengadu (wanita warga emas) berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto dan pengadu diminta membuat bayaran balik setelah pembelian kripto itu berjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita terbabit yang terpedaya dengan helah itu telah melakukan 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza berjumlah RM10 juta.

Menurut Ramli, wanita itu mulai sangsi terhadap kesahihan pelaburan berkenaan apabila masih diminta membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

Ramli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihatkan orang ramai terutama warga emas supaya lebih berwaspada serta tidak mudah percaya terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui laman sosial.

"Lakukan semakan dengan agensi yang berkaitan termasuk Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan," katanya.

Beliau berkata, untuk sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111 222. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang