web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Panik dimaklumkan disenaraikan sebagai 'orang dikehendaki polis' menyebabkan seorang doktor wanita kerugian RM100,000, selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

"Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan ke seorang lagi suspek, kononnya pegawai polis yang mengesahkan mangsa akan disenarai hitam kerana berada dalam rekod dikehendaki. 

"Mangsa mendakwa 'polis' itu mengarahkannya membuka akaun bank baharu dan memasukkan wang RM100,000 ke dalamnya serta diarahkan berkongsi maklumat perbankan tersebut kononnya bagi mengeluarkan diri daripada senarai itu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata mangsa yang mendakwa dirinya panik juga menuruti arahan supaya mengambil swafoto dan berkongsi gambar berkenaan dengan suspek selang beberapa jam. 

Mangsa bagaimanapun curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi mendapatkan perkembangan status 'orang dikehendaki' itu, lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam. 

Yahaya menasihatkan orang ramai untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk perbankan kepada pihak ketiga selain membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun di Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelak risiko menjadi mangsa penipuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki