web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2024 1:05PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pusat penjagaan kesihatan kerajaan masih berdepan masalah kekurangan barangan dan peralatan perlindungan perubatan untuk merawat pesakit walaupun menerima peruntukan tinggi setiap tahun.

Saban tahun, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima peruntukan berjumlah berbilion ringgit sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan awam di negara ini.

Di bawah Bajet 2024, KKM menerima RM41. 2 bilion hampir 10.5 peratus daripada keseluruhan bajet.

Doktor yang ditemui The Malaysian Insight berkata, kekurangan peralatan perubatan adalah satu perkara biasa di hospital dan klinik kerajaan.

Menurut mereka, kekurangan peralatan itu bukan sahaja berlaku di klinik kerajaan dan pusat penjagaan kerajaan di kawasan pedalaman atau luar bandar, malah turut meliputi hospital besar.

Seorang doktor di sebuah hospital di Negeri Sembilan berkata, beliau berdepan masalah kekurangan peralatan di Unit Rawatan Rapi  (ICU),  iaitu jabatan yang bertanggungjawab untuk memberikan rawatan rapi kepada pesakit yang sakit kritikal atau cedera.

Sebagai contoh, doktor itu berkata antara masalah biasa di ICU hospital tempat beliau bertugas adalah, mereka kekurangan reagen untuk mencairkan sampel darah di dalam mesin analisis gas darah (BGA).

BGA menyedut darah daripada picagari, mengukur pH dan tekanan oksigen serta karbon dioksida.

Kumpulan doktor ini juga perlu mengambil gas darah arteri (ABG) yang membabitkan penggunaan jarum dan picagari untuk sampel darah langsung dari arteri.

“Kami buat untuk pesakit ICU dan untuk mereka yang diintubasi, sampel ABG perlu diambil.

“Biasanya untuk seorang pesakit, sampel akan dijalankan sebanyak empat hingga lima kali dalam tempoh 24 jam.

“Di dalam mesin BGA, perlu ada reagen untuk mencairkannya, bagi memastikan tidak ada gumpalan darah.

“Tetapi jika reagen itu cepat habis, kami akan berdepan masalah. Jadi bila berlaku perkara seperti ini, kami lakukan secara klinikal,” katanya.

Doktor itu berkata, apabila situasi seperti itu berlaku, mereka terpaksa bergantung kepada pemantauan terhadap pesakit untuk melihat bagaimana pesakit mulai pulih dengan ubat.

“Jadi, kami tidak ada angka kuantitatif untuk menunjukkan jika pesakit itu sudah bertambah baik atau tidak,” katanya.

Tambah  beliau, hospitla tempatnya bertugas hanya memiliki tiga mesin BGA untuk digunakan oleh keseluruhan hospital. 

Tiada Strip Glukosa

Doktor berkata ada kalanya beliau kehabisan strip glukosa semasa merawat pesakit.

"Walaupun tidak berlaku sepanjang masa, ia pernah berlaku. Kita tidak boleh menafikan atau mengabaikannya.

"Jadi, semasa merawat pesakit, kita mungkin terpaksa mendapat strip tersebut dari wad atau tingkat lain," katanya.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang menguruskan inventori memerlukan kelulusan daripada ketua jabatan untuk membuat permintaan kepada kementerian bagi memperoleh bekalan.

Kementerian akan meluluskan permintaan tersebut katanya, ia tidak akan diperoleh jika jabatan mengemukakan cadangan untuk bekalan tambahan dengan alasan penggunaan yang lebih tinggi daripada biasa.

"Oleh itu, kita terpaksa menggunakan apa yang diberikan kepada jabatan," katanya.

Seorang doktor di Sabah pula berkata, kekurangan peralatan perubatan adalah perkara biasa di klinik luar bandar.

"Saya pernah mengalami kekurangan tiub pengumpulan darah, jarum, picagari, strip glukosa, lanset darah, dan banyak lagi.

"Malahan doktor juga menghadapi kekurangan pelitup muka, sarung tangan, dan beberapa peralatan perlindungan," kata doktor tersebut.

Ketaksamaan akses penjagaan kesihatan antara kawasan luar bandar dan bandar seperti yang berlaku ketika ini menuntut kerajaan menekankan keperluan untuk reformasi perubatan.

Seorang doktor di sektor kerajaan berkata, adalah perkara biasa jika peralatan perubatan habis digunakan pada penghujung tahun.

"Seperkara yang telah saya hadapi sepanjang tempoh perkhidmatan saya di sektor kerajaan adalah kekurangan peralatan perubatan kritikal menjelang akhir tahun.

"Contohnya, kami pernah menghadapi situasi di mana tiada pigtail catheter, yang merupakan kaedah selamat dan berkesan untuk mengalirkan pleural effusion.

"Apabila bekalan habis, doktor, terutama yang berada di jabatan pembedahan, terpaksa mencari cara lain, seperti menggunakan antibiotik dan memantau pesakit dengan lebih kerap," kata doktor tersebut.

Baru-baru ini, seorang pesakit berusia 80 tahun yang mengunjungi Klinik Kesihatan Tanglin di Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa ujian glukosa tidak dapat dilakukan kerana klinik kehabisan lanset darah.

Apabila ditanya, jururawat berkata bekalan masih belum pulih.

Di bawah Belanjawan 2024, peruntukan RM41.2 bilion untuk KKM terdiri daripada RM35.2 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM5.5 bilion akan digunakan untuk mendapatkan bekalan ubat, bahan guna habis, reagen, dan vaksin. – Getaran, 3 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sasaran Lantikan Tetap Termasuk Pegawai Perubatan Tamat Latihan Siswazah Berdaftar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Elaun ‘On Call’ Diperluas Kepada Pegawai Perubatan Di Enam Klinik Projek Rintis - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 53 minit yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 47 minit yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki