web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sasaran Lantikan Tetap Termasuk Pegawai Perubatan Tamat Latihan Siswazah Berdaftar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Apr 2023 7:00AM

Ia susulan langkah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan hampir 12,800 perjawatan tetap secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun hingga 2025. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sasaran pelantikan secara tetap meliputi pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memenuhi syarat pelantikan tersebut.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia susulan langkah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan hampir 12,800 perjawatan tetap secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun hingga 2025.

“Dalam hal ini, KKM komited dan akan menyusul perkara ini agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan dalam tempoh tersebut.

“Keseluruhan kos tambahan bagi urusan ini adalah sekitar RM1.7 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memberi jaminan isu lantikan tetap doktor kontrak akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, penyerapan itu perlu dilaksana secara berperingkat selepas mengambil kira implikasi kewangan ditanggung kerajaan jika ia diselesaikan secara sekali gus.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM juga sedang memperhalusi beberapa isu lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Februari lalu.

Jelasnya, perkara itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac lalu.

“Sepertimana yang diumumkan, kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun locum kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional di KKM selain pegawai perubatan.

“Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turt memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berharap langkah penambahbaikan tersebut terus menjadi pemangkin dalam meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat sejahtera.

“KKM juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas keprihatinan dan kesungguhan membantu kementerian itu menangani isu peluang pekerjaan secara tetap dalam kalangan pegawai perubatan lantikan kontrak,” katanya. – Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi