web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Benarkan Najib Dapat Semula Pasport

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Oct 2021 12:20PM

Najib tiba di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan pasport antarabangsa Datuk Seri Najib Razak dipulangkan kepadanya buat sementara waktu bermula 20 Oktober hingga 22 November.

Ia bagi membolehkan Najib melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa di Singapura yang bakal melahirkan anak keduanya pada November ini, lapor Berita Harian.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati alasan yang diberikan munasabah, kata Kamaluddin.

Terdahulu peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah anak guamnya akan ke Singapura pada 3 November ini selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2022.

Najib akan bertemu dengan anak perempuannya pada 14 November selepas menjalani perintah kuarantin di Singapura selama 10 hari.

Muhammad Shafee menambah, bekas Presiden UMNO itu akan pulang ke tanah air pada 20 November dan pasportnya akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 22 November oleh ejen kerana akan menjalani tempoh kuarantin.

Katanya, anak guamnya perlu memperbaharui dokumen perjalanan itu, oleh sebab itu beliau memerlukan pasportnya dengan lebih awal.

Bila disoal bila tarikh luput pasport anak guamnya oleh Kamaludin, Muhammad Shafee menjawab yang Najib sudah lama tidak melihat dokumen berkenaan tetapi ia akan luput tidak lama lagi.

Najib berkata, dalam permohonan dan afidavit sokongan difailkannya, beliau bukan berisiko untuk melarikan diri kerana keluarga, kerjaya, serta hartanya semua berada di negara ini.

Beliau juga kini berada di bawah jaminan mahkamah berjumlah RM7 juta yang mana ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

Najib mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan kerana beliau sedang merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendawa Raya Mohd Fairuz Johari. - Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia