web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Edar Heroin Australia, Bukit Aman Lancar Siasatan Kesan Dalang Utama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 4:40PM

Razarudin Husain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman sedang mengesan dalang utama sindiket penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM431 juta yang dipatahkan Polis Australia pada 29 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata siasatan lanjut masih lagi dijalankan oleh Polis Australia berhubung sindiket terbabit.

Menurut beliau, polis sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Australia berkaitan kes berkenaan.

“Maklumat berkenaan penting dalam usaha kita mengesan dalang serta punca daripada mana dadah itu diperolehi, sama ada dihasilkan di negara ini atau dibawa masuk daripada negara jiran sebelum diseludup ke Australia.

“Buat masa ini kita hanya boleh mendedahkan bahawa warga Malaysia yang ditahan itu berusia 38 tahun dan rekod menunjukkan yang dia masuk ke Australia pada Januari tahun lalu,” katanya kepada media.

Razarudin berkata, pihaknya juga sedang menunggu maklumat daripada Polis Australia berhubung peranan lelaki terbabit dalam kes penyeludupan dadah seberat 450 kilogram (kg) berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Australia merampas penghantaran heroin terbesar dalam sejarah negara itu bernilai kira-kira A$140 juta (RM431 juta).

Pihak berkuasa negara itu turut menahan seorang suspek lelaki warga Malaysia berhubung kesalahan menyeludup dadah berkenaan, yang dihantar dari Malaysia ke sebuah syarikat perniagaan di Melbourne menggunakan kontena.

Polis Australia memaklumkan, dadah seberat 450 kg itu dikesan dalam kontena kapal yang diisytiharkan mengandungi jubin seramik.

Heroin tersebut tiba di Pelabuhan Melbourne pada 29 September lalu dan pemeriksaan oleh pegawai Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) ke atas kontena terbabit membawa kepada penemuan 1,290 bungkusan mengandungi dadah berkenaan.

Mengulas lanjut Razarudin berkata, heroin itu dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran di utara Malaysia, sebelum ia diseludup ke negara luar seperti Australia.

“Kebanyakan dadah berasal daripada Segi Tiga Emas yang berada di Wilayah Shan, Myanmar dan dibawa ke Thailand melalui sempadan negara itu ke Satun (Thailand), sebelum diseludup masuk ke Pulau Pinang dan Kedah.

“Kita percaya sindiket ini menggunakan modus operandi dan laluan sama, bagaimanapun siasatan polis memfokus ke atas pelbagai elemen termasuk sama ada negara ini dijadikan transit ataupun hub pengedaran dadah,” katanya. – Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia