web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Seru Kembalikan Penghayatan Kehidupan Rasulullah SAW

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 7:34AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office semalam bersempena sambutan Maulidur Rasul esok, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam meneladani nilai-nilai murni peribadi Nabi Muhammad dan mengikuti segala sunnah serta ajaran Rasulullah SAW.

Sultan Selangor turut menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak, menurut hantaran itu.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat  Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.

Dalam pada itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan masyarakat di negeri itu supaya memerhatikan jiran tetangga yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam menghadapi situasi penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Baginda bertitah disebabkan COVID-19 yang melanda sejak Mac tahun lepas, ramai dalam kalangan masyarakat yang menghadapi kesulitan dan kesusahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Disebabkan pandemik ini ada di kalangan kita yang kehilangan insan tersayang, ada anak-anak yang menjadi yatim piatu, ada yang hilang pekerjaan, ada yang kurang pendapatan, ada yang perlukan bantuan dan pelbagai lagi yang perlu ditangani dan diberi perhatian,” titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1443H/2021M Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung secara dalam talian malam ini.

Baginda turut menyeru rakyat Terengganu supaya sentiasa menghargai pengorbanan berterusan petugas barisan hadapan yang telah memberikan perkhidmatan terbaik buat semua.

Justeru itu, baginda bertitah semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk kekal berwaspada  dengan terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan COVID-19.

“Beta juga menyeru agar rakyat sekalian menerima baik saranan pihak kerajaan dengan melengkapkan pengambilan vaksin sebagai ikhtiar untuk mencegah penyebaran penyakit serta menghalang dari kedatangan mudarat yang lebih besar,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia