web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DAP Tolak Norhizam Sebagai Calon PRN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 3:42PM

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng pada sidang media.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu akan dibawa pihaknya ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Ini dijadikan sebagai satu keputusan tegas, kita tidak terima dia sebagai calon dalam PRN.

“Saya dengan tegasnya menyatakan DAP menolak sama sekali YB Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN akan datang,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng enggan mengulas lanjut ketika ditanya alasan DAP membuat keputusan demikian.

“Saya hanya sebut DAP tidak terima dia sebagai calon dalam PRN.

“Saya tidak mahu sebut, tidak perlu pergi pada asal usulnya, semua faham,” tegasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, DAP menyokong bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari sebagai Ketua Menteri baharu.

“Saya harap tiada sebarang kesangsian terhadap perkara ini kerana ia bukan hanya daripada DAP sahaja malah parti komponen yang lain juga,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pertenakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 atas tiket DAP, sebelum menjadi calon Bebas dan menyatakan sokongan pada UMNO untuk membentuk kerajaan baharu pada Mac lalu. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia