web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Wajar Siasat Dengan Telus Pandora Papers - AMK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 5:07PM

Akmal Nasir - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan telus berhubung isu Pandora Papers dengan turut memanggil individu yang memiliki akaun luar pesisir.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, suruhanjaya itu sepatutnya mengambil keterangan beberapa individu yang dinyatakan memiliki akaun Pandora Papers.

Menurut beliau, antara individu dimaksudkan termasuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan, Tun Abdul Daim Zainuddin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“AMK ingin merakam penghargaan kepada SPRM atas respon berkaitan Pandora Papers walaupun agak lewat. Kami mengambil maklum bahawa SPRM akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dirakam keterangan mengenai Pandora Papers.

“Namun selain Datuk Seri Anwar, SPRM sepatutnya bersedia untuk mengambil keterangan individu yang dinyatakan memiliki akaun luar pesisir,” katanya.

Akmal berkata SPRM diharap tidak menggunakan kuasa untuk melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat, sebaliknya memberi tumpuan kepada isu yang dibawa.

“Siasatan telus dalam kadar segera perlu diambil SPRM berkaitan pendedahan Kertas Pandora serta memanggil individu terbabit seperti disebut dalam dokumen itu dengan cepat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

Anwar sebelum ini mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta satu sesi perbahasan di adakan di Parlimen berkait pendedahan Pandora Papers, namun ditolak.

SPRM menerusi kenyataannya pada 17 Oktober lalu, meminta Anwar memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai isu pendedahan Kertas Pandora.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang terbabit dalam pendedahan Kertas Pandora.

Isnin lalu, Tengku Zafrul dipetik sebagai berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sedia memberikan sepenuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa bagi memantau dan menyiasat dokumen terkandung dalam Pandora Papers yang membabitkan individu di negara ini.

Pandora Papers menjadi isu hangat selepas International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), baru-baru ini mendedahkan, siasatan dijalankannya mendapati beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas.

Siasatan dikenali sebagai Pandora Papers itu menyatakan perkara berkenaan didedahkan menerusi 12 juta fail dimiliki 14 firma di serata dunia.

Turut disenaraikan ialah dua individu dari Malaysia yang didakwa antara 336 ahli politik memiliki akaun luar pesisir, malah terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari negara ini.

Antara nama berkenaan ialah Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang-undang Amerika yang dilaporkan digunakan untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia