web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Lelaki Didakwa Tipu Ahli Perniagaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 5:56PM

3 lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan menipu hingga mengakibatkan seorang ahli perniagaan rugi RM844,320.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, atas dakwaan menipu hingga mengakibatkan seorang ahli perniagaan mengalami kerugian berjumlah RM844,320. 

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah, di sini, hari ini. 

Tertuduh pertama, Ng Kai Seng, 26 tahun, didakwa dengan empat pertuduhan dan melakukan kesalahan itu antara 21 Mei hingga 8 Jun lalu di Pelindung Heights, dekat sini. 

Dia didakwa menipu ahli perniagaan berusia 60 tahun hingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM275,100. 

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah memutuskan tertuduh dikenakan ikat jamin RM2,500 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Tertuduh kedua, On Hui Lin, 34 tahun, pula didakwa dengan tujuh pertuduhan dengan melakukan kesalahan menyembunyikan sejumlah wang milik ahli perniagaan sama, yang dipindahkan ke akaun syarikat miliknya. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 21 Mei hingga 8 Jun lalu, mengakibatkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM519,220. 

Majistret menetapkan ikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Bagi tertuduh ketiga pula, Low Kheh Sheng, 24 tahun didakwa melakukan kesalahan menipu ahli perniagaan sama pada 26 Mei lalu membabitkan nilai kerugian RM50,000. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,000 serta 25 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azrin Wan Zaid dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. 

Ketiga-tiga tertuduh membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia