web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Mula Pemberian Dos Penggalak, Hajiji Penerima Pertama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2021 7:23PM

Hajiji Noor menjadi individu pertama menerima dos pengalak vaksin COVID-19 di Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 60, 000 petugas barisan hadapan dan 193,953 warga emas serta golongan berisiko tinggi layak menerima suntikan dos penggalak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Sabah yang bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor ketika merasmikan program pemberian dos penggalak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini berkata, pemberian dos penggalak itu akan dilaksanakan dalam dua peringkat.

Katanya, peringkat pertama melibatkan petugas barisan hadapan dan sektor kesihatan bermula hari ini sehingga 20 November depan.

“Peringkat kedua adalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu yang memiliki komorbid, bermula pada 2 November.

“Dos penggalak ini diberikan percuma di bawah PICK dan ditawarkan kepada penerima vaksin yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya sejak enam bulan lalu secara sukarela,” katanya.

Hajiji berkata, Kementerian Kesihatan buat masa ini memutuskan dos penggalak hanya akan diberikan kepada penerima vaksin Pfizer-BioNTech atau Comirnaty.

“Walaupun pemberian dos ketiga itu adalah pilihan untuk penerima, namun ia amat digalakkan untuk perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19,” katanya,

Pada program berkenaan, Hajiji turut mengetuai kabinet menteri Sabah untuk menerima suntikan dos penggalak dan menjadi individu pertama menerima dos ketiga di negeri berkenaan.

“Pemberian dos penggalak berkenaan akan diuruskan klinik kerajaan dan swasta yang terpilih di bawah pemantauan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

“Individu yang layak akan dimaklumkan melalui MySejahtera, manakala Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan membuat pengumuman melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau panggilan telefon kepada mereka yang tidak mempunyai aplikasi berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa rakyat negeri itu agar tidak leka selepas kelonggaran diberikan untuk aktiviti merentas daerah dan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi Sabah.

“Kita perlu memastikan bahawa prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya kerana ia adalah perlu untuk melindungi semua insan tersayang,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia