web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pandelela Pernah Jadi Mangsa Buli, Lawak Lucah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 1:27PM

Pandelela Rinong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong, mendedahkan, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa lawak lucah dan buli seorang jurulatih, selepas menegur perbuatan individu terbabit.

Atlet wanita pertama Malaysia yang memenangi pingat di Olimpik itu berkata, pada peringkat awal berdepan situasi berkenaan, beliau hanya mendiamkan diri atau berpura-pura ketawa kerana takut.

“Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) ini suka buat lawak lucah. Saya buat diam sahaja atau fake laugh (pura-pura ketawa) sebab takutkan dia.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat (didakwa terbabit) kes rogol,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Menurut beliau, apa yang paling menyedihkan adalah sepanjang tempoh tujuh tahun itu, jurulatih terbabit melakukan perkara berkenaan setiap tahun.

“Tetapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab back-up (penyokong) besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya.

Beliau berkata, situasi berkenaan yang dialaminya beberapa tahun lalu, memberi pengajaran tersendiri.

Insiden berkenaan jelasnya, nyata memberi pengajaran termahal dan menyedarkan bahawa adalah penting untuk memiliki pemimpin yang mampu memperbetulkan perkara salah, bukan sekadar menutup mata demi menjaga kepentingan pihak tertentu.

Pandelela memberitahu, sikap menyanjung individu tertentu secara keterlaluan tanpa menyelidiki peribadi sebenar mereka perlu dihentikan.

“Kami sangat beruntung kerana keselamatan kami dilindungi sebaiknya (oleh) persatuan sukan kami yang mengambil berat mengenai kami. Pengakhiran menggembirakan.

“Saya juga tidak menyesali keputusan saya walaupun kami masih dinilai dan mendapat tekanan hingga hari ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan sesiapa yang berdepan situasi sama atau dianiaya agar bersuara demi keadilan.

“Suara kecil anda tetap bermakna sekiranya kita bersatu,” katanya.

Pendedahan atlet berasal dari Sarawak itu menarik perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

“Terima kasih kerana bercakap mengenai perkara ini, Lela. Masih ada segelintir wartawan sukan yang mengkritik keputusan kami buat untuk ‘menggegarkan’ sukan terjun Malaysia susulan tuduhan ini beberapa tahun lalu,” katanya.

Selain Khairy, pendedahan Pandelela turut menerima respon positif pengikutnya di Twitter.

“Sebenarnya dia dah lama jadi barah dalam kalangan masyarakat kita. Cuma dulu tak ada lah terang-terangan sekarang dah melampaui batas.

“Bila diketengah isu ini mangsa pulak di persalahkan padahal diri sendiri yang tak boleh kawal. Anggap ia gurauan biasa padahal jijik dan merosakan,” kata seorang pengikut.

Beberapa tahun lalu, negara digemparkan dengan kisah seorang jurulatih didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan merogol seorang penerjun kebangsaan.

Kejadian itu didakwa dilakukannya di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

3

Sukan 8 bulan yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad