web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: KKM Belanja Lebih RM8 Juta Untuk Pengurusan Mayat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 1:33PM

Sebanyak RM8.128 juta dibelanjakan KKM untuk pengurusan mayat berkaitan COVID-19 di Jabatan Forensik hospital KKM di seluruh negara mulai 2020 hingga 10 September lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah membelanjakan sebanyak RM8.128 juta untuk perolehan peralatan perubatan khususnya bagi pengurusan mayat berkaitan COVID-19 di Jabatan Forensik hospital KKM di seluruh negara dari 2020 hingga 10 September lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata daripada jumlah tersebut, RM6.5 juta dibelanjakan bagi urusan penyimpanan mayat di hospital yang meninggal dunia akibat COVID-19.

"Pada 2020 kita belanjakan lebih kurang RM898,000 dan tahun ini RM7.2 juta," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Juhanis Abd Aziz mengenai jumlah elaun khas untuk petugas kesihatan yang telah dibelanjakan serta jumlah peruntukan dibelanjakan bagi urusan penyimpanan mayat di hospital yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Terdahulu, Aaron berkata kadar pemberian elaun khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan antaranya bagi doktor dan anggota kesihatan daripada pelbagai kategori yang terlibat dalam pengurusan menangani wabak COVID-19 telah pun dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

"Secara keseluruhannya hingga 30 September 2021, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sejumlah RM916 juta bagi bayaran elaun khas kepada petugas KKM yang melibatkan kira-kira 1.7 juta tuntutan.

"Pemberian elaun khas ini juga diberi kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kadarnya juga dinaikkan kepada RM600 sebulan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 4 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu