web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Menteri Nafi Pembubaran DUN Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 5:02PM

Abang Johari Tun Openg - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Tidak ada sebarang mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri berlangsung sama ada hari ini mahupun esok, menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai merujuk kepada beberapa laporan media semalam yang mengatakan Abang Johari akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan hari ini.

"Pejabat Ketua Menteri Sarawak ingin menjelaskan bahawa tidak ada mesyuarat sedemikian, sama ada hari ini mahupun esok sebagaimana yang dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam beberapa media melaporkan ada sumber mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Pada 31 Julai lepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan proklamasi darurat diteruskan di Sarawak sehingga sehingga 2 Feb depan susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad