web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Samun Kedai 24 Jam Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:38PM

Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek menyamun sebuah kedai 24 jam di Dataran Sibu Fasa II, Jalan Lau King Howe, Sibu, Selasa lalu

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang masih bebas selepas menyamun sebuah kedai 24 jam di Dataran Sibu Fasa II, Jalan Lau King Howe, di sini, Selasa lalu, bersenjatakan sebilah pisau pemotong sayur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, suspek dalam kejadian sekitar jam 5.55 pagi itu, berpura-pura masuk ke kedai berkenaan untuk membeli rokok.

Menurut beliau, seorang juruwang wanita berusia 28 tahun ketika itu baru sahaja hendak membuka kedai berkenaan bagi memulakan perniagaan.

“Suspek yang memakai pelitup muka  dan topi berwarna hitam memberitahu mahu membeli rokok.

“Wanita itu kemudian pergi ke bahagian belakang kedai untuk mengambil rokok sambil diekori suspek masuk ke kaunter juruwang, sebelum dia mengacu pisau tersebut ke arah mangsa, " katanya hari ini.

Collin berkata, suspek menyuruh juruwang untuk mengeluarkan wang yang disimpan dalam mesin tunai.

“Suspek terus melarikan diri sebaik memperoleh wang berkenaan, dan sempat mengambil dua kotak rokok.

"Berdasarkan laporan, polis percaya suspek berbangsa Iban berdasarkan loghat percakapan dan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kedai itu," katanya.

Collin memberitahu, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM84  termasuk dua bungkus rokok, kredit tambah nilai Celcom dan wang tunai RM 49.75.

"Kita telah memaklumkan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Sibu untuk dihebahkan kepada semua unit di daerah itu bagi mengesan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 21 Oktober 2021



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia