web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran Kepada Pemaju dan Kontraktor Perlu Disegerakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 4:34PM

Zulkefly (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Pengarah JKR Labuan di Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan JKR Labuan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pembayaran kepada pemaju dan kontraktor di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu disegerakan sebaik sahaja projek berkenaan siap sepenuhnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata, langkah itu penting dalam membantu merancakkan semula ekonomi pemaju dan kontraktor yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu, banyak pemaju dan kontraktor di negara ini yang terjejas disebabkan tidak dibenarkan beroperasi.

“Setelah projek siap, bayaran perlu disegerakan. Ia penting kepada pemaju dan kontraktor untuk terus mengekalkan perniagaan mereka bagi mengelakkan berlakunya kelewatan sesebuah projek.

“Ia akan membantu menjana semula pertumbuhan ekonomi negara kita dalam jangka panjang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan JKR Labuan di sini.

Turut hadir, Pengarah JKR Labuan Ir Suhaizad Sulaiman.

Langkah itu katanya, mampu mendorong pihak pemaju dan kontraktor lain melaksanakan projek pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Apabila pembayaran disegerakan, maka pemaju dan kontraktor lain juga turut tertarik dan berusaha menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai projek Jalan Pesisir Pantai di sini, Zulkefly berkata, pembangunan bernilai RM132 juta itu berada pada tahap 98 peratus dan hampir siap sepenuhnya.

“Dianggarkan 35 peratus penduduk di wilayah ini bakal menerima manfaat daripada pembinaan projek itu,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

3

Semasa 11 bulan yang lalu

KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

4

Semasa 11 bulan yang lalu

5.5 Juta Penerima STR Terima Bayaran Mulai 7 November

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia